Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

June 2024

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos Depan

M Update, 28/06/2024 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan diadakan pada 17 Ogos depan. Ia berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu. Pengerusi SPR,…

Jangan Sertai Perhimpunan Haram Sabtu Ini – PDRM

M Update, 28/06/2024 – Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang akan diadakan di Tempat Letak Kereta Awam, berhadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.  Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai sebarang perhimpunan berkenaan, kerana ia…

Tiada Bukti THIJARI Digodam, Pendeposit Hilang Wang Akibat Ditipu

M Update, 28/06/2024 – Tiada bukti yang mengesahkan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) telah digodam sehingga menyebabkan pendeposit kehilangan wang simpanan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Beliau berkata siasatan TH sebaliknya mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer. “Mereka…

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025

M Update, 27/06/2024 – Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam. “…kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah…

Perincian Jumlah Pelaburan Blackrock Di Malaysia Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

M Update, 27/06/2024 – Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, perkara tersebut akan dibangkitkan oleh Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.  Lim…

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

M Update, 26/06/2024 – Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, berkuat kuasa hari ini. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. “Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong…

Pemandu Singapura Perlu Patuhi Peraturan, VEP Tetap Dilaksanakan

M Update, 26/06/2024 – Kerajaan akan memudahkan pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing yang memasuki Malaysia, namun jangan harapkan ‘pusingan U’ terhadap penguatkuasaan VEP bermula 1 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau berkata ketika ini kerajaan tidak mempunyai cara untuk mengesan kenderaan asing yang memiliki saman atau kesalahan…

Malaysia Berpotensi Jadi Kuasa Besar Ekonomi Di Rantau Ini

M Update, 26/06/2024 – Malaysia memiliki potensi luas untuk muncul sebagai negara kuasa besar ekonomi di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar ketika bercakap pada majlis makan tengah hari mesyuarat agung ke-47 Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (Amcham) menegaskan Malaysia mesti kekal sebagai negara perdagangan dan terbuka kepada pelaburan. “Kami…

Olimpik 2024 : Warna Emas Jadi Pilihan

M Update, 26/6/2024 – Tular minggu ni berkenaan rekaan dan warna baju rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang menyifatkan baju tersebut tidak menarik. Tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas berbanding jingga sebelum ini, bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya…