Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2024

Keputusan Ujian COVID-19 Tidak Perlu Lagi Dimuat Naik Ke MySejahtera

M Update, 17/07/2024 – Keputusan ujian COVID-19 kini tidak perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).  eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan kesemua fasiliti kesihatan untuk memantau dan memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.  KKM…

Kes Bunuh farah Kartini: Supek Disahkan Anggota Polis

M Update, 16/07/2024 – Polis mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah anggota polis. Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Datuk Hussein yang memaklumkan suspek adalah anggota polis yang bertugas di Perak. Beliau juga sudah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan Polis…

Kes Bunuh Farah Kartini: Penjawat Awam Direman 7 Hari

M Update, 16/07/2024 – Seorang penjawat awam direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi membantu siasatan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam. Perintah reman dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas permohonan reman…

Majlis Raja-Raja Mahu Pindaan RUU 355 Dibuat Dengan Teliti – PM

M Update, 15/07/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Raja-Raja mahu pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), dibuat dengan teliti. Anwar berkata, beliau telah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama…

Waspada! Taktik Penipuan Guna Teknologi AI – Fahmi

M Update, 15/07/2024 – Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini, beliau berkata penggunaan AI sememangnya membantu pembangunan negara, namun ada pihak yang…

SSPA Diumum Dalam Masa Terdekat, Antara Terbaik Pernah Dilaksanakan – PM

M Update, 15/07/2024 – Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. SSPA akan diumum dan dimuktamadkan semasa Belanjawan 2025 katanya. Perdana Menteri berkata meskipun kerajaan dibebani hutang RM1.5 trilion namun ia komited dalam…

Penyasaran Subsidi Diesel: Subsidi Tambahan RM100 Juta Untuk FELDA – PM

M Update, 15/07/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan subsidi tambahan sebanyak RM100 juta kepada Felda semalam. Ini bagi menampung peningkatan kos operasi ladang susulan penyasaran diesel. Peruntukan berkenaan dipersetujui selepas Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan rundingan dengannya berhubung isu dihadapi peneroka Felda susulan…

Abai Anak Tidur Di Kaki Lima, Suami Isteri Ditahan

M Update, 12/07/2024 – Polis menahan suami isteri selepas disyaki menghalang anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun daripada memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima flat di Pasir Gudang. semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan pasangan itu yang berusia 54 dan 56 tahun ditahan…