M Update, 20/09/2024 – Semua pentadbir universiti diarahkan supaya menerima kemasukan pelajar miskin dan daif dengan membolehkan mereka menangguhkan bayaran yuran pendaftaran – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Pada masa sama, universiti perlu menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan mahasiswa yang tidak berkemampuan berkenaan.
Kita tak mahu dengar ada mahasiswa yang berpotensi untuk berjaya tidak dapat untuk meneruskan pengajian di universiti kerana kurang mampu.