M update, 25/09/2024 – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman,29, yang maut akibat terkena tembakan rambang ketika menjalani Eksesais Pasak Bumi di kawasan am Kanowit-Nanga Dap-Song, Sibu, Sarawak semalam. “Saya menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan sama-sama kita doakan…
M Update, 25/09/2024 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober 2024. Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam. Menurut KKM menerusi media sosial, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan TERMASUK rokok elektronik. Akta…
M Update, 25/09/2024 – Mahasiswa yang terjejas akibat banjir perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan universiti masing-masing sebelum kembali ke pusat pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata, ia termasuk mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian mereka bagi membolehkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya.…
M Update, 24/09/2024 – Keputusan berkaitan doktrin fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hanya akan diketahui selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada Oktober ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebelum keputusan itu diperkenankan, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi…
M Update, 24/09/2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden itu…
M Update, 23/09/2024 – Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, hari ini dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19. Beliau yang memegang jawatan Pemangku Panglima Tentera Laut sejak 1 Ogos tahun ini, dinaikkan pangkat daripada Laksamana Madya…
M Update, 23/09/2024 – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, buat masa ini Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan keputusan terdahulu untuk memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Keputusan untuk mengembalikan kedua-dua peperiksaan itu perlu dibuat secara holistik dan tidak boleh dilihat dari satu aspek sahaja.…
M update, 23/09/2024 – Satu program khas akan dilaksana bagi membantu pelajar yang keciciran atau tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat memasuki bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek…
M Update, 23/09/2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan beberapa tindakan termasuk berkaitan undang-undang terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang langsung tidak membayar semula pinjaman mereka sebelum ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sehingga kini seramai 430,000 peminjam yang masih gagal dikesan belum membayar…
M Update, 20/09/2024 – Kerajaan memberi jaminan semua agensi berkaitan akan terus memantau dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan banjir susulan bencana itu yang melanda beberapa negeri ketika ini. SOP itu termasuklah menyelamat dan memindahkan mangsa banjir. Kerajaan tika ini memberi tumpuan kepada bantuan yang perlu disalurkan kepada mangsa…