Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2024

PM Tiba Di Rusia Lawatan Kerja Dua Hari

M Update, 04/09/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok, Rusia pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi…

Lima Restoran Terkenal Tiada Sijil Halal JAKIM

M Update, 03/09/2024 – Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL Jakim selepas…

Puspakom Pemegang Lesen Pemeriksaan Kenderaan Pertama Malaysia

M Update, 03/09/2024 – PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) kini memulakan operasi sebagai pemegang lesen pemeriksaan kenderaan yang pertama dalam negara berkuatkuasa 1 September ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, penganugerahan lesen operasi itu berupaya membuka peluang kepada Puspakom untuk menjadi entiti yang lebih lestari dan kompetitif dalam sektor…

RM15 Juta Bantu Perkukuh Harimau Malaya – PM

M Update, 03/09/2024 – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya. Perdana Menteri berkata, peruntukan sebanyak RM10 adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan. “Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan…

Kerajaan Sedia Pinda Undang-Undang Tangani Hasutan Kaum – PM

M Update, 02/09/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk meminda dan menambah peruntukan undang-undang bagi menangani isu hasutan perkauman. Beliau berkata, adalah menjadi tugas kerajaan untuk menyelamatkan negara daripada hasutan kelompok kecil yang cuba mencetuskan keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain. “Andai…

Penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan Luar Biasa – PM

M Update, 02/09/2024 – Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 di Dataran Putrajaya Sabtu lalu disifatkan sebagai suatu penganjuran yang luar biasa bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, acara yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith…