M Update, 28/10/2024 – Wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur ditetapkan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai berhubung perkara terbabit.
Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terbabit dalam PLKN yang dijadualkan bermula Januari 2025.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, fokus tahun hadapan ialah pelajar lepasan SPM… contohnya lepas SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, (maka) dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.
Tetapi, fokusnya ialah pelajar lepasan SPM, kita rasa di situ ada salah faham tentang kaedah pengambilan. Memang ada keresahan … mereka kata umur 30 sudah bekerja, tidak timbul isu, kita meletakkan akta tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Adly berkata, bermula Januari tahun hadapan, sebanyak 1,000 peserta terbabit dengan PLKN dan akan ditempatkan di dua kem latihan.
Dari segi modul pula akan ada penambahbaikan yang dibuat berdasarkan PLKN sebelum ini. Bagi kita apa yang penting apabila mereka keluar PLKN, selain ada semangat jati diri, mereka juga mempunyai kemampuan dan keupayaan yang tinggi untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya.