M Update, 6/11/2024 – Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan langkah pemantauan keselamatan adalah amat penting untuk memastikan ubat-ubatan yang berada di pasaran terus selamat untuk digunakan.
Pelaporan kesan sampingan membolehkan risiko keselamatan ubat-ubatan serta keperluan mengemas kini cara penggunaan ubat dikesan.
Di Malaysia, semua laporan kesan sampingan ubat-ubatan dikumpul menggunakan Sistem Pelaporan Kesan Advers, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Semua laporan akan dinilai dan dikaji oleh NPRA supaya tindakan bersesuaian dapat diambil termasuk sebarang tindakan regulatori bagi memastikan pengguna terus mendapat manfaat daripada penggunaan ubat-ubatan.