M Update, 7/11/2024 – Hasil siasatan berhubung kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dimuktamadkan esok, 8 November 2024.
Kes itu yang dikendalikan lembaga siasatan terdiri daripada pihak polis dan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) akan turut membentangkan cadangan garis panduan melibatkan disiplin.
Semalam, kertas siasatan berhubung kes itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.