M Update, 02/12/2024 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan pertimbang cadangan supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan di luar musim tengkujuh.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil perhatian terhadap maklum balas yang diterima berkait jadual SPM hujung tahun dan berdepan dengan keadaan cuaca hujan serta banjir. Perkara itu akan dibincangkan dan diperhalusi dari semasa ke semasa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, hari ini.