Input your search keywords and press Enter.

Nahas Trak FRU: Pemandu Lori Direman 4 Hari

Foto: BERNAMA

M Update, 14/05/2025 – Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin di sini hari ini

ACP Bakri berkata, kehadiran beliau sendiri di mahkamah pagi ini mencerminkan keseriusan pihak polis dalam menyiasat insiden itu yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Daripada media sosial, saya telah memantau ramai saksi awam sebenarnya yang melihat kejadian sebelum dan semasa kejadian.

Jadi, saya menyuruh masyarakat, khasnya masyarakat Hilir Perak untuk membantu, menyalurkan maklumat yang boleh membantu siasatan kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi beliau sendiri di talian 017-8211326 atau tampil ke IPD Hilir Perak.

Menurut Bakrilagi, siasatan lanjut akan melibatkan agensi-agensi teknikal seperti PUSPAKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meneliti aspek keselamatan kenderaan dan keadaan jalan.

Syarikat pemilik lori juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Pemandu lori itu juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, mempunyai enam rekod jenayah kebanyakannya berkaitan dadah.