Input your search keywords and press Enter.

Tragedi Pelajar UPSI: Polis Sudah Rakam 15 Keterangan Saksi Kejadian

M Update, 11/06/2025 – Polis sudah merakam keterangan 15 saksi kejadian kemalangan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin, sehingga mengorbankan 15 penuntut.

Siasatan lanjut masih dijalankan. Pada peringkat awal, pasukan siasatan memberi tumpuan mengumpul keterangan daripada saksi. Pemandu bas terbabit juga pada masa ini masih sedang menjalani rawatan di hospital.

Pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah melawat lokasi kemalangan serta memeriksa bas dan kereta terlibat yang ditempatkan di hadapan IPD Gerik semalam. Siasatan melibatkan JSPT, Unit Dron, PGU, Unit Forensik PDRM dan beberapa agensi lain.

,