Input your search keywords and press Enter.

Pengusaha Salun Dan Suami, 3 Ahli Keluarga Miliki 35.4 Kg Dadah Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

M Update, 10/07/2025 – Seorang pengusaha salun dan kedai makan bersama suami serta tiga ahli keluarganya yang ditahan pada 27 Jun lalu kerana memiliki 35.4 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM5 juta yang disimpan dalam timbunan najis lembu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, pagi ini untuk proses pendakwaan.

Suspek berusia 25 hingga 39 tahun itu tiba jam 9.10 pagi dengan menaiki trak polis.

Suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan enam suspek termasuk sepasang suami isteri, disyaki memiliki dadah jenis pil kuda seberat lebih 35.4 kg dianggarkan bernilai RM5.04 juta di Jalan Gajah Mati, Kampung Banggol Chicha di sini, pada 27 Jun lalu.

Semua suspek itu membabitkan lima lelaki dan seorang wanita dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah sejak 2022.

Katanya, pasangan suami isteri berusia 34 tahun itu adalah suspek utama yang dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai makan, pusat kecantikan dan perniagaan dalam talian.

situs slot toto togel
d