Input your search keywords and press Enter.

Rapid Rail Tingkat Kekerapan Tren Sempena Sidang Kemuncak Asean

M Update, 17/10/2025 – Rapid Rail Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi melaraskan operasi tren menjelang penganjuran acara berkaitan ASEAN yang dijangka meningkatkan jumlah penumpang susulan penutupan beberapa laluan utama di ibu negara.

Operasi tren akan kekal seperti biasa namun pihaknya bersedia memanjangkan waktu perkhidmatan waktu puncak dan menambah jumlah tren sekiranya perlu.

Langkah itu bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan tren dengan lebih selesa susulan penutupan jalan di beberapa kawasan utama sepanjang penganjuran sidang kemuncak ASEAN ke 47. – Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Azmi Mohd Yusof

link slot