Input your search keywords and press Enter.

Remaja 14 Tahun Maut Tercampak Dalam Lubang Pembentung

Foto: Polis

M Update, 03/02/2026 – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung sedalam kira-kira 10 meter dalam satu kemalangan di Jalan Bunga Tanjung, di sini, pada malam Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 10.10 malam itu, motosikal yang dinaiki mangsa bersama abangnya berusia 17 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum melanggar pembetung yang sedang dalam pembinaan di bahu kiri jalan.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang membonceng tercampak ke dalam lubang pembetung dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam. Abangnya pula dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.