Input your search keywords and press Enter.

Agong Gering, Dinasihatkan Untuk Berehat

Foto: YDPA Agong

M Update, 27/02/2026 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda.

Istana Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara turut memaklumkan majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih,” menurut Istana Negara.