Input your search keywords and press Enter.

Suspek Kes Bunuh Dan Kerat Wanita Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Foto:

M Update, 27/02/2026 – Seorang lelaki berusia 71 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh dan kerat seorang wanita, dengan anggota badan mangsa ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi Jumaat.

Suspek tiba kira-kira jam 8.25 pagi dengan menaiki van polis dan diiringi kenderaan peronda (MPV). Dia dijangka didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh.

Foto: BH

Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah tiga anak suspek, seorang lelaki dan dua wanita. Anak lelaki suspek yang berusia sekitar 20-an, sebelum dua lagi anak suspek yang merupakan wanita turut ditahan bagi membantu siasatan berkaitan peranan serta pengetahuan mereka dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, dua lagi anggota badan mangsa, iaitu kaki kiri dan tangan kanan, masih belum ditemukan.