M Update, 03/05/2019 – Warga Singapura dilihat semakin berubah pandangan terhadap hak homoseks, sejak lima tahun lalu, dengan semakin ramai menyokong perkahwinan sejenis, menurut satu tinjauan yang diterbitkan, hari ini.
Hampir enam daripada 10 orang berusia antara 18 dan 25 tahun percaya perkahwinan sejenis tidak salah, menurut tinjauan yang dijalankan badan pemikir Singapura, Institute of Policy Studies.
Walaupun negara pulau itu kekal konservatif dalam aspek sosial, tinjauan terhadap 4,015 warga Singapura itu mendapati penentangan terhadap perkahwinan sejenis jatuh kepada 60 peratus daripada 74 peratus, ketika kali terakhir ia dijalankan pada 2013.
“Umumnya, Singapura kekal konservatif dalam pandangan, namun wujud perubahan dalam beberapa isu berkaitan dengan hak homoseks.
“Perubahan ini jelas di kalangan responden berusia antara 18 hingga 25 tahun yang lebih liberal mengenai isu moral berbanding responden berusia 65 tahun dan ke atas,” kata institut itu. – Reuters