Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
LRA Sungai Johor Kembai Beroperasi - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

LRA Sungai Johor Kembai Beroperasi

M Update, 31/7/2019 – Lebih 170,000 pengguna di 50 kawasan sekitar bandar raya ini mula menerima bekalan air secara berperingkat semalam berikutan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor siap lebih awal.

Dalam satu grafik info terkini dimuat naik dalam laman web Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ), operator bekalan air Johor memaklumkan LRA Sungai Johor sudah beroperasi sepenuhnya. Pengguna yang terjejas akan mula menerima bekalan air secara berperingkat bermula malam ini, menurut makluman berkenaan.

Sebelum ini, Ranhill SAJ dalam satu notis memaklumkan lebih 50 kawasan di sekitar bandar raya ini akan mengalami gangguan bekalan air selama 23 jam bermula jam 10 pagi Selasa hingga 9 pagi Rabu.

Antara lokasi mengalami gangguan bekalan air ialah keseluruhan Taman Ehsan Jaya, Taman Desa Jaya, Taman Desa Cemerlang, Taman Bukit Tropika, Taman Industri Gemilang, Taman Industri Tropika dan Taman Johor Jaya.

Selain itu, Taman Daya, Kempas Lurah, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kempas Banjaran, Taman Indah dan Tampoi Jaya, Industri Jalan Kempas, Taman Kempas, Kuarters dan Stor TNB Kempas, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Hospital Permai, Taman Seroja, Taman Bukit Alif, Bandar Baru Uda dan bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Seterusnya, Taman Kobena, Taman Desa Rahmat, Kampung Seri Serdang, Greenfield Melana Indah, Kampung Pasir, Taman Tampoi, Taman Okid, Country Garden, Larkin Idaman, Larkin Jaya, Pasar Larkin, Taman Sentosa, Taman Kebun Teh, Taman Iskandar, Kampung Bakar Batu dan Istana Pasir Pelangi.

Kawasan lain ialah Taman Sri Intan, Stulang Laut, Stulang Darat, Jalan Lumba Kuda, Taman Nusa Idaman, Taman Nusa Bestari, Taman Mount Austin, Taman Austin Height, Austin Perdana, Taman Perling, Taman Sutera, Kampung Sungai Danga, Taman Iskandar Puteri, Kampung Ulu Pulai dan Pangsapuri Bukit Saujana.

Leave a Reply