Input your search keywords and press Enter.

SOP Tangani Kandungan Berunsur Penghinaan

Gambar sekadar hiasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diarah meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi tindakan ke atas pihak yang memuat naik kandungan berunsur penghinaan di media sosial.

Ia bagi mengkaji jenis tindakan lebih proaktif terhadap kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan Majlis Raja-Raja di media sosial – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa

SKMM kini sedang merujuk perkara itu kepada pihak Jabatan Peguam Negara. Ia bagi membolehkan penafsiran lebih jelas mengikut perundangan sedia ada yang dirasakan tindakan lebih tegas dan pantas tanpa kompromi boleh dilakukan terhadap penghinaan Islam dan agama lain.

SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui mesyuarat jawatankuasa induk juga menyatakan komitmen bagi mengukuhkan kerjasama membanteras jenayah serta melindungi pengguna internet dalam negara. Melalui pengukuhan kerjasama ini, proses pemantapan interoperability bersama ‘Police Cyber Investigation Response Centre’ di bawah PDRM juga sudah dimulakan.

Ia bagi memudahkan koordinasi dan penyelarasan dalam mengenal pasti kandungan boleh menggugat ketenteraman awam.

Sumber : BH