Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Lancar JPJ ePlate Bagi Kenderaan Elektrik

Foto: Careta.my

M Update, 09/09/2024 – Menteri Pengakutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini dengan rasmi telah melancarkan Rekaan Plat Khas JPJ ePlate baru untuk kenderaan kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran atau Zero Emission Vehicle (ZEV).

Rekaan plat khas JPJePlate tidak diwajibkan untuk kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran (ZEV) sedia ada, namun pemilik masih boleh membuat tempahan nombor indeks sekiranya berminat.

Anthony berkata, JPJePlate boleh didapati pada harga RM98 satu set termasuk plat hadapan dan belakang, pelekat cermin sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) serta caj penghantaran.

Menurut beliau, syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang membeli kenderaan ZEV baharu melalui laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula hari ini.

Foto: Careta.my

Pelaksanaan JPJePlate dibuat bagi melipatgandakan langkah pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya dan mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan atau ‘Vehicle Identification System’ (VIS).

JPJePlate tidak melibatkan kenderaan konvensional kerana keutamaan ketika ini adalah memastikan pelaksanaannya terhadap ZEV berjalan lancar,” katanya.

Foto: Careta.my

Plat putih dengan nombor indeks berwarna hitam dan hijau sebagai kod kenderaan elektrik (EV) antara ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada JPJePlate. Pemilihan ketiga-tiga warna pada plat itu adalah untuk memudahkan pengguna kenderaan lain mengenal pasti jenis kereta berkenaan di atas jalan raya.

Warna-warna ini dipilih supaya pengguna jalan raya senang nak kenal pasti contohnya hijau memang khusus untuk EV.

Foto: Careta.my

Jun lalu, MOT mengumumkan struktur kadar Lesen Kenderaan Memandu (LKM) baharu untuk ZEV yang harganya setara atau lebih murah berbanding kereta berasaskan bahan api fosil, berkuatkuasa 1 Januari 2026.

Dikhabarkan, pelbagai dasar dan insentif ditawarkan bagi menggalakkan peralihan kepada EV persendirian di samping meningkatkan jumlah syarikat untuk melabur dalam penggantian ‘fleet’ kenderaan dengan EV.

Foto: Careta.my

Sementara itu, Anthony memaklumkan, JPJePlate akan diintegrasikan bersama sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) tidak lama lagi, namun ia sedang dalam proses pelaksanaan.

Menurut Antony lagi, JPJePlate memang dah ada RFID tetapi sekarang sedang usaha untuk mengintegrasikannya dengan Touch ‘n Go. Ini supaya selepas ini bayaran tol boleh menggunakan satu RFID sahaja tak perlu banyak-banyak RFID. – Sinar Harian