Wartawan Terkenal Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

M Update, 06/04/2026 – Wartawan alam sekitar terkenal Karam Singh Walia meninggal dunia pada jam 3.30 pagi di kediamannya di Klang, Selangor.
Berita pemergian beliau disahkan oleh adiknya, Jasbant Singh.
Mendiang merupakan bekas wartawan penyiaran TV3 dan berkhidmat sehingga bersara pada 2014. Beliau dikenang dengan gaya penyampaian lantang serta frasa ikonik “Ini bukan cerita baru” ketika membongkar isu pencemaran dan salah urus alam sekitar.
Selain itu, beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan atas sumbangannya dalam kewartawanan, terutamanya berkenaan isu pencemaran, keselamatan awam dan kepentingan kelestarian alam sekitar.
Karam Singh Walia turut menerima pelbagai anugerah atas sumbangannya dalam bidang kewartawanan, khususnya berkaitan isu pencemaran, keselamatan awam dan kelestarian alam sekitar.
Beliau dikenali dengan gaya penyampaian yang fasih dan berkesan, sering mengakhiri laporan dengan peribahasa tajam, selain dikatakan memiliki buku yang mengandungi lebih 4,000 peribahasa Melayu sebagai rujukan.
Figura yang sinonim dengan Buletin Utama sejak era 1990-an ini juga meraih pelbagai pengiktirafan ketika berkhidmat di TV3 menerusi laporan eksklusif berkaitan isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
kampungbet kotabet kampungbet kampungbet