Input your search keywords and press Enter.

Admin

4171 Articles0 Comments

Tiada Cadangan Tukar Kad Pengenalan Baharu – Ismail

M Update, 9/9/2020 – Kerajaan tidak bercadang untuk menukar kad pengenalan atau MyKad kepada yang baharu, memandangkan MyKad sedia ada dilengkapi ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi dan canggih, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. Bagaimanapun beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sentiasa…

Tasik Titiwangsa Ditutup Esok

M Update, 9/9/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, esok. DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak. “Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam,” katanya hari ini. Justeru,…

Jangan ‘Laga Tangan’, Cukup Letak Tangan Di Dada Tanda Hormat

M Update, 9/9/2020 – Trend orang ramai ketika ini melakukan ‘fist bump’ atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa perlu dielak untuk mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata orang ramai dinasihat berhati-hati kerana perbuatan itu melibatkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan…

Kluster Benteng LD: Tiada Pegawai, Anggota Polis Positif COVID-19

M Update, 9/9/2020 – Tiada pegawai atau anggota polis dijangkiti COVID-19 bagi kluster benteng Lahad Datu, meskipun kes baharu yang dicatatkan hari ini meningkat ke 100, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Mengesahkan perkara berkenaan, beliau berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat sanitasi di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad…

Kes COVID-19 Di Sabah Terkawal – KP Kesihatan

M Update, 9/9/2020 – Penularan kes COVID-19 di Sabah adalah terkawal kerana jangkitan terhad di dua lokasi sahaja iaitu lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan penjara Tawau, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Malah katanya jangkitan juga tidak melibatkan komuniti tempatan. “Ia situasi yang…

Rakyat Diminta Kekal Berjaga-Jaga – PM

M Update, 9/9/2020 – Susulan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 kepada tiga angka hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya kekal berjaga-jaga. Sambil melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes itu, beliau berkata risiko dan bahaya penularan wabak COVID-19 masih ada, dan ia belum selesai. Muhyiddin berkata menurut pakar perubatan…

Kerajaan Akan Pastikan Pekerja Kita Di Singapura Terbela – KSM

M Update, 8/9/2020 – Kementerian Sumber Manusia akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung pendirian Singapura yang menawarkan insentif kepada majikan untuk menggajikan pekerja republik itu. Menteri, Datuk Seri M Saravanan, berkata pihaknya akan meneliti perkara itu bagi memastikan nasib rakyat Malaysia yang bekerja di sana terbela. Sebagai sebuah negara membangun, Saravanan…

Pembelian ‘Online’ Akan Dicaj 20 Sen – KKMM

M Update, 8/9/2020 – Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah. Bagaimanapun katanya, pihaknya belum…

Polis Nafi Sekatan Perjalanan Tawau, Lahad Datu

M Update, 8/9/2020 – Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes COVID-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima…

Awas Kumpulan Menyamar Pegawai KKM, Ambil Buku Saringan COVID19

M Update, 8/9/2020 – Sekumpulan individu dikesan menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan cuba memanipulasi maklumat peribadi orang awam menerusi buku daftar kesihatan diletakkan di beberapa premis perniagaan di Melaka. Kumpulan baharu dikesan semalam itu dikatakan mengambil maklumat pelanggan daripada buku pendaftaran kesihatan Covid-19 yang diletakkan di premis…