Input your search keywords and press Enter.

Admin

4792 Articles0 Comments

Bapa Zayn Rayyan Ungkap Kata-Kata Tidak Enak Didengar

M Update, 06/02/2025 – “Siapa bunuh anak aku?” itu ungkapan bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, sejurus jasad anaknya itu ditemukan oleh saksi pendakwaan keenam pada malam 6 Disember 2023. Perkara itu dimaklumkan Faizul Najib Abd Munaim, 47, individu pertama yang menemui mayat Zayn Rayyan, ketika pemeriksaan…

Pempengaruh Malaysia Hilang Di Hutan Bandung Ditemui Selamat

M Update, 06/02/2025 – Pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang ketika melakukan kegiatan paranormal di sekitar hutan di Bandung, Indonesia ditemui selamat, malam tadi. Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira 10 malam tadi dan penemuannya dikongsi menerusi penstriman langsung di TikTok @Arasz sebelum ia tular. Dalam perkongsian itu,…

Ops Sky: SPRM Panggil 3 Selebriti Beri Keterangan Pagi Ini

M Update, 06/02/2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil tiga selebriti bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan pagi ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata mereka diarah hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya jam 10 pagi ini. Mereka hanya dipanggil untuk…

Prosedur Lembaga Pengampunan Ikut Peruntukan Perlembagaan

M Update, 05/02/2025 – Semua prosedur dan urusan membabitkan Lembaga Pengampunan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa memberi…

Sebarang Kenaikan Tarif Elektrik Tak Akan Bebankan Komuniti Perniagaan – PM

M Update, 04/02/2025 – Kerajaan memberi jaminan kepada pemain industri bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan. Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa isi rumah berpendapatan rendah akan terus tidak terjejas oleh semakan tarif…

Abai Anak: Bicara Ibu Bapa Zayn Rayyan Bermula Hari Ini

M Update, 03/02/2025 – Perbicaraan hari pertama kes mengabai kanak-kanak autism, membabitkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bermula hari ini. Pihak timbalan pendakwa raya terlebih dahulu mengemukakan kes di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh, dengan memanggil saksi-saksi pendakwaan. Biasannya saksi-saksi awal akan dipanggil melibatkan pegawai…

Sultan Ibrahim Berangkat Rasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen

M Update, 03/02/2025 – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15. Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen kedua oleh Sultan Ibrahim, selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan 2024. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Dewan Rakyat kira-kira 10.10 pagi diiringi Yang…

Kesuma Peruntuk RM20 Juta Latih Kemahiran Digital Tahun Ini

M Update, 24/01/2025 – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperuntukkan RM20 juta untuk menyediakan latihan kemahiran kepada sehingga 5,000 rakyat Malaysia dalam tiga sektor utama iaitu keselamatan siber, sains data, dan kecerdasan buatan (AI) tahun ini. Inisiatif itu bertujuan…

Sindiket Seludup Vape Tumpas, 6 Pegawai Kastam Direman

M Update, 23/01/2025 – Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang dipercayai merasuah pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, berjaya ditumpaskan pada Selasa. Kegiatan haram itu dibongkar Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Airways hasil intipan selama tiga…