Input your search keywords and press Enter.

Admin

4787 Articles0 Comments

Skim Lindung 24/7 Dijangka Bermula Suku Kedua Tahun Ini

M Update, 27/01/2026 – Skim Lindung 24/7 yang diperkenalkan susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 di Parlimen pada bulan lalu dijangka mula dilaksanakan seawal suku kedua tahun ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pelaksanaan skim berkenaan perlu dirancang secara teliti bagi memastikan faedahnya…

Murid Enam Tahun Masuk Darjah Satu Tanpa Ujian Diagnostik

M Update, 27/01/2026 – Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan ujian diagnostik khas bagi kemasukan murid berusia enam tahun ke Darjah Satu, bagi mengelakkan beban tambahan serta memudahkan pelaksanaan sistem pendidikan sedia ada. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat setelah meneliti pandangan daripada pelbagai pihak, di…

CAS Benarkan Tujuh Pemain Harimau Malaya Beraksi

M Update, 27/01/2026 – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya yang sebelum ini digantung untuk kembali beraksi, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dalam satu kenyataan, FAM memaklumkan keputusan itu dibuat selepas CAS meluluskan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman yang dikemukakan oleh ketujuh-tujuh pemain berkenaan.…

Nilai Ringgit Terus Kukuh, PM Zahir Rasa Syukur

M Update, 26/01/2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa syukur terhadap prestasi ringgit yang terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun. Pengukuhan nilai ringgit yang menghampiri paras 3.99 berbanding dolar AS itu disambut positif oleh Datuk Seri Anwar,…

Kerajaan Selangor Batalkan Projek Ternakan Babi di Bukit Tagar

M Update, 26/01/2026 – Kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan projek ternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor, dan menangguhkannya sementara sehingga lokasi alternatif atau kaedah pelaksanaan yang lebih sesuai dikenal pasti. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu lalu,…

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dijangka Bermula Julai

M Update, 26/01/2026 – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial, yang bertujuan melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman eksploitasi serta pendedahan kepada kandungan tidak wajar dalam talian, dijangka mula dilaksanakan seawal Julai ini, seperti dilaporkan media tempatan. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata langkah berkenaan…

Curi Barangan Keperluan, Bapa Dua Anak Dipenjara Sebulan

M Update, 5/1/2026 – Seorang lelaki dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah mencuri barangan keperluan bernilai RM113.70 di sebuah pasar raya, pada 1 Januari lalu. Tertuduh, Muhamad Azrul Haqim Azman, 29, yang tidak bekerja, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Isnin. Mengikut pertuduhan,…

Kemurungan Punca Tragedi Pembunuhan Suami Isteri di Sri Aman

M Update, 23/01/2026 – Kemurungan dikenal pasti sebagai punca pembunuhan pasangan suami isteri di Sri Aman pada 14 Januari lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah. Beliau berkata berdasarkan keterangan keluarga, kawan dan rakan sekerja mendapati lelaki berkenaan, yang juga seorang guru besar, dipercayai mengalami kemurungan sejak bertukar…

Pempengaruh TikTok Athira Auni Maut Kemalangan Motosikal

M Update, 4/1/2026 – Seorang pempengaruh Tiktok maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra di sini pada awal pagi Sabtu. Dalam nahas kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa, Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, 21, beralamat di Tanah Putih Baru disahkan meninggal dunia…