Input your search keywords and press Enter.

Admin

4705 Articles0 Comments

Agamawan Dinasihat Hati-Hati Beri Pandangan – Menteri Agama

M Update, 20/06/2024 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengulangi nasihat kepada agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan pandangan dan perlu menyemak rujukan yang sahih. Agamawan perlu berlapang dada untuk mengatakan tidak tahu jika kurang arif dalam menjawab soalan yang bukan bidang mereka.…

Program DLP: Tiada Sekolah Terkecuali

M update, 20/06/2024 – Tiada sekolah yang terkecuali dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan berhubung pelaksanaan program berkenaan. Pelaksanaan DLP mesti mematuhi dasar ‘Memartabatkan Bahasa…

Agong Salur Nilai Bidaan Plat FFF 1 Kepada Kerajaan Persekutuan

M Update, 20/06/2024 – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada Kerajaan Persekutuan. Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat. “Nombor…

Beri laluan Kepada Ambulan, Rider Maut Dilanggar Kereta

M Update, 20/06/2024 – Tindakan murni seorang penunggang motosikal memberi laluan kepada ambulans dalam kecemasan bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Hilmi Saleh, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Ketua Polis Daerah Melaka…

Subsidi Diesel: Tarik Lesen, Jika Sengaja Naik Harga Tambang Bas Sekolah

M Update, 14/06/2024 – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja menaikkan harga barangan atau perkhidmatan akan dikenakan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen mereka. Ini memandangkan mereka telah menerima subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), Perdana Menteri berkata, tindakan terbabit harus diambil…

Penjelasan PM Mengenai Guru Bahasa Inggeris Dari Singapura

M Update, 14/04/2024 – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan cadangan membawa tenaga pengajar bahasa Inggeris dari Singapura, hanya sebagai sukarelawan bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan di kawasan pedalaman. Perdana Menteri berkata, cadangan itu ibarat skim bantuan daripada segi diplomasi antara negara dan bukan bermaksud Malaysia mahu melantik guru bahasa…

Ada Anak Istimewa: Jangan Malu Bertemu JKM Jika Ada Masalah

M Update, 14/06/2024 – Ibu Bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) diminta tampil dan jangan malu untuk bertemu serta berkongsi masalah yang dihadapi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya mengharapkan ibu bapa…

Adik Kepada Zayn Rayyan Kini Dalam Jagaan JKM

M Update, 14/06/2024 – Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Difahamkan JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Pengarah JKM…

PM Mahu PDRM Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

M Update, 14/06/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak mungkin akan selamat sekiranya tiada tindakan profesional serta tegas diambil terhadap sebarang salah laku atau rasuah. Oleh itu, beliau mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas mengikut fakta yang jelas terhadap penjenayah dan pesalah rasuah tanpa…