Input your search keywords and press Enter.

Haiqal Halim

294 Articles0 Comments

Food Bank ringankan kos sara hidup rakyat

M-Update,17/4/2019, KUALA LUMPUR – Program Food Bank Malaysia, yang bermatlamat meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan penuntut institusi pengajian tinggi awam, sudah memanfaatkan 85,489 penerima dari Ogos tahun lalu sehingga Mac 2019. Ia antara inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal…

SKMM: 49 pertus harga jalur lebar berkelajuan tinggi menurun

M-Update,17/4/2019, KUALA LUMPUR – Harga perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi secara puratanya menurun sebanyak 49 peratus sejak akhir tahun lepas, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Menurut SKMM dalam satu kenyataan, kejayaan itu hasil inisiatif yang dijalankan kerajaan pada tahun lepas bagi menurunkan harga jalur lebar iaitu Kelajuan Berganda Pada…

KKMM, Kementerian Pendidikan kerjasama wujud sekolah pemprograman komputer

M-Update,17/4/2019, PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan sekolah pemprograman komputer untuk pelajar lepasan sekolah menengah. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata inisiatif itu bertujuan menerapkan ilmu teknologi dan pengkomputeran supaya generasi muda lebih bersedia pada masa depan dalam dunia teknologi digital…

Pelancaran kapal TLDM oleh wanita adalah tradisi – TLDM

M-Update,17/4/2019, KUALA LUMPUR: Upacara pelancaran dan menamakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh seorang wanita atau ‘Lady Sponsor’ adalah acara tradisi sejak armada pertahanan maritim itu ditubuhkan. Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata , Lady Sponsor atau wanita yang terpilih adalah daripada kalangan isteri kenamaan…

MAS nafi senarai bayaran bagasi tular di media sosial

M-Update,17/4/2019, KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan, senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul. MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar bagasi tambahan (prabayar) masih berlandaskan tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan…

Mancester United lunyai

M-Update,17/4/2019, BARCELONA: Lionel Messi menghasilkan sentuhan berbisanya dalam kempen Liga Juara-Juara selepas membantu Barcelona mara ke separuh akhir selepas menewaskan Manchester United 3-0 dalam saingan suku akhir kedua, pagi tadi. Dua gol Lionel Messi dan kesilapan buruk penjaga gol, David de Gea menyingkirkan Manchester United daripada Liga Juara-Juara selepas tumpas…

Terengganu setuju naik tarif air

M-Update,16/4/2019, KUALA TERENGGANU: Terengganu bercadang menaikkan tarif air seperti saranan Kerajaan Persekutuan berikutan kadar itu tidak disemak dalam tempoh lebih 20 tahun. Bagaimanapun, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kenaikan yang akan berlaku tidak sama dengan negeri lain dengan kadar minimum dikenakan kepada orang awam. “Kita sudah mengadakan perbincangan…

‘Inspektor Narita’ buat hal lagi

M-Update,16/4/2019, SEORANG guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berputih mata apabila menyerahkan nombor kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pengenalan peribadi (PIN) selepas digertak kononnya terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 22 Mac lalu, mangsa berusia 44 tahun menerima panggilan…

Kerajaan pertimbang tukar sistem cukai galak penggunaan produk tempatan – PM

M-Update,16/4/2019, CYBERJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan menukar sistem percukaian di negara ini dalam usaha menggalakkan penggunaan produk tempatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak tahu mengapa dasar kerajaan ketika ini lebih cenderung menggalakkan import berbanding eksport. “Saya tidak tahu kenapa kerajaan mempunyai dasar yang dilihat…

TPM gesa semua pihak sokong pembangunan tenaga mahir negara

M-Update,16/4/2019, KUALA LUMPUR: Semua pihak di negara ini digesa bekerjasama dan menggembleng tenaga serta kepakaran bersama sokongan padu bagi memperkukuh dan meningkatkan pembangunan tenaga mahir kompetetif. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerjasama agensi awam, swasta, individu dan badan korporat itu penting kerana Pendidikan Teknikal…