Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Jumlah Maut Meningkat Kepada 490 Orang

M Update, 5/2/2020 – Jumlah kematian terkini akibat wabak coronavirus meningkat kepada 490, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian, hari ini. Dalam taklimat hari ini daripada suruhanjaya kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu, dengan 3,156 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500…

Dr Mahathir Pemimpin Sebenar Dunia Islam – Imran Khan

M Update, 5/2/2020 – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan semalam menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar. Imran Khan berkata Dr Mahathir adalah contoh seorang pemimpin yang berpendirian teguh, terutama untuk kebaikan Islam dan umat Islam. “Sesungguhnya ada perbezaan…

Malaysia, Pakistan Meterai Perjanjian Ekstradisi

M Update, 4/2/2020 – Malaysia dan Pakistan hari ini memeterai satu Perjanjian Ekstradisi bagi mengukuhkan momentum positif dalam hubungan dua hala dengan meningkatkan kerjasama melibatkan keselamatan dan jenayah transnasional. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perjanjian itu yang dimeterai di sini sempena dengan lawatan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ke Malaysia, boleh…

Mujahid : Kerajaan Kesal Sajad Bertelekung Di Tanah Suci

M Update, 3/2/2020 – Kerajaan kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi. “Saya kesal…

Hospital Kedua Koronavirus Siap Dibina Dalam Tempoh 10 Hari

M Update, 03/02/2020 – Ia kedengaran pelik tetapi benar-benar berlaku di China yang kini bergelut dengan serangan koronavirus yang meragut lebih 300 nyawa manakala kira-kira 14,380 kes jangkitan direkodkan. Minggu lalu, sebuah hospital khas di barat daya Wuhan berjaya disiapkan dalam tempoh 48 jam dan turut dilengkapi bekalan air, elektrik…

Koronavirus : Jumlah Kematian Jangkitan Wabak Koronavirus Baharu Meningkat Kepada 362 Orang

M Update, 03/02/2020 – Jumlah kematian akibat jangkitan wabak koronavirus baharu meningkat kepada 362 orang, manakala sebanyak 17,205 kes jangkitan dilaporkan setakat ini. Reuters melaporkan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan sebanyak 2,829 kes baharu direkodkan di China dengan 57 daripadanya membabitkan kematian. Sebanyak 56 kematian dilaporkan berlaku di wilayah Hubei…

Koronavirus Menyerang Seluruh Wilayah China

M Update, 31/01/2020 – Koronavirus yang merebak pertama kali di Wuhan kini telah menular di seluruh wilayah China selepas Tibet mengesahkan kes jangkitan pertama wabak membawa maut itu, sekali gus menjadikan jumlah korban kini mencecah 170 orang dan 7,711 kes jangkitan direkodkan semalam. Sebelum ini, wilayah pergunungan Tibet itu adalah…

Nadma Siap Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan

M Update, 31/1/2020 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah bersiap sedia untuk membawa pulang 80 rakyat Malaysia di Wuhan, China susulan wabak 2019 novel koronavirus di sana. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata keputusan itu dibuat Kabinet semalam, yang memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat di sana memandangkan situasi penyakit…

Malaysia Mahu Bawa Pulang 78 Rakyat Dari Wuhan

M Update, 29/1/2020 – Kerajaan sedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China dengan segera, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar ditugaskan bagi memohon kebenaran China, untuk membolehkan kerajaan mengambil rakyat negara ini dari bandar raya itu yang kini ditutup susulan penularan…