M Update, 02/10/2019 – Seramai 19 wanita hamil dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia sehari diselamatkan daripada lokasi disyaki kilang bayi yang digunakan sindiket perdagangan manusia. Polis di Lagos, bandar terbesar Nigeria, menyerbu empat premis pada Isnin lalu sebelum menemui wanita berusia antara 15 hingga 28 tahun itu dan empat…
M Update, 2/10/2019 – Kerajaan Arab Saudi kini menawarkan e-visa (elektronik visa) bagi tempoh setahun untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara itu bermula bulan ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, sebelum ini kerajaan Arab Saudi menawarkan visa untuk tiga bulan (90 hari) bagi tujuan…
M Update, 01/10/2019 – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas telefon pintarnya meletup di atas bantal ketika dia tidur. Alua Asetkyzy Abzalbek dilaporkan mahu tidur sambil memasang muzik dari telefonnya di rumahnya di Bastobe, Kazakhstan, Namun, keesokan harinya, dia ditemui mati selepas bateri telefonnya meletup. Polis melaporkan, peranti…
M Update, 01/10/2019 – Pemberontak Houthi di Yaman menyiarkan rakaman video mendakwa serangan besar-besaran terhadap tentera Arab Saudi dekat sempadan kedua-dua negara yang menyebabkan ramai terbunuh dan ratusan lagi menyerah diri. Video disiarkan stesen televisyen Houthi, Almasirah, kelmarin, menunjukkan beberapa kenderaan berperisai yang dikatakan milik tentera Arab Saudi terkena bedilan…
M Update, 1/10/2019 – Polis Nigeria menyelamatkan 19 wanita hamil yang dipaksa melahirkan bayi untuk dijual dalam serbuan di beberapa lokasi di sini, baru-baru ini. Jurucakap polis Lagos, Bala Elkana berkata, polis menerima maklumat risikan mengenai aktiviti sekumpulan individu yang mengurung wanita hamil dan menjual bayi. “Selepas menjalani siasatan, polis…
M Update, 1/10/2019 – Polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang berhampiran Parlimen hari ini bagi membantah rang undang-undang baru. Ribuan penunjuk perasaan yang majoritinya pelajar membantah undang-undang yang didakwa melemahkan agensi antirasuah dan mengharamkan seks luar nikah. Selepas perjumpaan tertutup hari ini, ahli parlimen…
M Update, 1/10/2019 – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengetuai delegasi Malaysia pada Suruhanjaya Bersama Russia-Malaysia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JCESTC) Sesi Pertama di Moscow, Russia. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam satu kenyataan semalam, berkata suruhanjaya itu akan dipengerusikan Mohamed Azmin dan Menteri…
M Update, 30/9/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa melawat pameran ‘Inspirasi Timur: Bagaimana Dunia Islam Mempengaruhi Seni Barat’ di Muzium British semalam, sebelum majlis pembukaan rasmi pameran itu pada 10 Oktober depan. Perdana Menteri tiba di sini dari New York selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74,…
M Update, 30/9/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan delegasi dari seluruh dunia selepas lantang mengkritik lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggesa badan dunia kembali semula kepada matlamat asal penubuhannya. Ramai delegasi negara asing beratur panjang untuk bersalaman dan beramah mesra dengan Perdana Menteri…
M Update, 27/09/2019 – Seorang lagi pelajar maut, selepas menyertai protes pembaharuan undang-undang, termasuk mengharamkan hubungan luar nikah dan mengurangkan kuasa agensi anti rasuah, di sini. Pengarah hospital tempatan, Sjarif Subijakto memberitahu AFP, pelajar jurusan kejuruteraan berusia 19 tahun itu, meninggal dunia di hospital selepas cedera di kepala akibat dipukul,…