Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Seorang maut gempa bumi di China

M Update, 19/06/2019 – Dua gempa bumi kuat menggegarkan wilayah barat daya Sichuan, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut, hari ini. Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pertama berlaku pada magnitud 5.9, disusuli gempa kedua pada magnitud 5.2 kira-kira 30 minit kemudian. Katanya, kedua-dua gempa berlaku pada kedalaman sepuluh kilometer…

PBB gesa siasatan bebas terhadap kematian Morsi

M Update, 19/06/2019 – Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa satu siasatan bebas dijalankan susulan kematian bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi ketika dalam tahanan. “Sebarang insiden mati mengejut ketika dalam tahanan perlu disusuli oleh siasatan yang pantas, adil, menyeluruh dan telus yang dilakukan oleh badan…

Pejabat kerajaan HK dibuka semula hari ini

M Update, 18/06/2019 – Pejabat pentadbiran pusat bandaraya ini mula dibuka semula hari ini selepas dikepung penunjuk perasaan susulan bantahan bersejarah kelmarin yang menggesa pemimpinnya, Carrie Lam meletak jawatan berhubung rang undang-undang ekstradisi ke China. Kerajaan mengumumkan, laluan berhampiran Pejabat Kerajaan Pusat (CGO), tidak jauh dari pejabat Lam, secara umumnya…

Penduduk dunia dijangka 9.7 bilion menjelang 2050 – PBB

M Update, 18/06/2019 – Penduduk dunia semakin berusia dan berkembang pada kadar perlahan namun masih dijangka meningkat daripada 7.7 bilion ketika ini kepada 9.7 bilion menjelang 2050, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam. Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Kependudukan Sosial PBB berkata dalam laporan baharu, jumlah penduduk dunia mungkin mencapai…

Ahli silap mata India hilang, cuba aksi Harry Houdini

M Update, 18/06/2019 –  Seorang ahli silap mata India dikhuatiri mati selepas mencuba aksi terkenal dan berbahaya mendiang Harry Houdini dengan mengikat kaki dan tangan sebelum terjun ke sungai. Chanchal Lahiri sepatutnya melepaskan diri dan berenang ke tebing namun masih tidak timbul dari sungai Hooghly di barat negeri Bengal. Lahiri…

Lelaki NZ dipenjara 21 bulan kongsi video tembakan masjid

M Update, 18/06/2019 – Seorang lelaki New Zealand dihukum penjara 21 bulan hari ini kerana mengedarkan video langsung pembunuhan menggerunkan dua masjid Christchurch yang mengorbankan 51 penduduk Islam 15 Mac lalu, lapor media tempatan. Philip Arps, 44, ditahan di Christchurch empat hari selepas serangan suspek bersenjata, Brenton Tarrant di dua…

100 kanak-kanak maut virus Ensefalitis di India

M Update, 18/06/2019 –  Hampir 100 kanak dilaporkan meninggal dunia, bulan ini akibat radang pada otak atau dikenali Ensefalitis di negeri Bihar, bahagian timur India. Pegawai perubatan, Prasad Singh memberitahu sejumlah 97 kanak-kanak meninggal dunia manakala 146 sedang dirawat akibat virus itu yang dikatakan merebak semasa musim panas. “Tiada kemudahan…

12 maut, penumpang dan pemandu bas Indonesia bergaduh

M Update, 17/09/2019 – 12 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera selepas satu pergaduhan di antara penumpang dan pemandu bas, menyebabkan bas itu gagal dikawal sehingga terbabit dalam kemalangan, kata polis. Kemalangan berlaku pada kira-kira jam satu pagi tadi (waktu tempatan) apabila koc berkenaan terbabas dan masuk ke jalan bertentangan…

Bekalan elektrik Argentina, Uruguay pulih selepas 48 juta orang bergelap

M Update, 17/06/2019 – Perkhidmatan elektrik dipulihkan di seluruh Argentina dan Uruguay susulan insiden bergelap besar-besaran yang menyebabkan 48 juta orang tanpa bekalan kuasa semalam, kata pihak berkuasa. Pemotongan itu yang bermula sejurus jam 7 pagi turut menyebabkan bekalan elektrik tempatan terputus seketika di Paraguay namun tidak menjejaskan Tierra del…