Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Indonesia haramkan iklan rokok atas talian

M Update, 14/06/2019 – Indonesia, yang menjadi pengeluar rokok keempat terbesar dunia, akan membasmi iklan tembakan atas talian yang mensasarkan perokok muda, kata Menteri Komunikasi semalam. Kumpulan aktivis kesihatan berkata, semakin ramai remaja merokok di Indonesia, yang sudah pun mengekang iklan rokok di seluruh negara, termasuk pengharaman tajaan untuk mempromosikan…

Pembangkang Indonesia desak mahkamah batal kemenangan Jokowi

M Update, 14/06/2019 – Peguam parti pembangkang Indonesia menggesa kemenangan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo pada pilihan raya dibatalkan, memberitahu Mahkamah Perlembagaan ia diperoleh menerusi ‘penipuan sistem pengundian dan salah guna kuasa’. Kira-kira 17,000 anggota polis dan tentera ditempatkan untuk mengelakkan berulangnya rusuhan bulan lalu ketika mahkamah membacakan keputusan. Bantahan secara…

Kanada enggan ambil balik sisa plastik dari Malaysia

M Update, 14/06/2019 –  Kanada tidak bercadang menerima semula sisa plastik yang datang dari negara itu dan kini ditinggalkan di Malaysia, kata jurucakap Kementerian Alam Sekitar Kanada semalam. Lewat Mei lalu, kerajaan Malaysia menegaskan akan menghantar balik 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara asal, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun,…

Bapa bunuh lima anak terima hukuman mati

M Update, 14/06/2019 – Seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan membunuh lima anaknya dijatuhi hukuman mati semalam, walaupun selepas isterinya membuat rayuan kepada juri. Peguam kepada Timothy Jones, 37, dalam hujah pembelaan menegaskan bahawa tertuduh adalah seorang pesakit skizofrenia dan tidak sihat untuk menjalani perbicaraan. Jones disabitkan dengan kesalahan membunuh…

Robby Sugara meninggal dunia

M Update, 14/06/2019 – Pelakon veteran Indonesia, Robby Sugara, meninggal dunia hari ini disebabkan serangan jantung, pada usia 69 tahun. Berita kematian aktor handalan itu diumumkan anak lelakinya, Juan Bernard, menerusi media sosial. Ketika ditemui di hospital di Cawang, Jakarta Timur, Juan mengesahkan berita itu. “Bapa yang meninggal dunia jam…

Agong Beri Penghormatan Kepada Wira UAE

M Update, 14/6/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Wahat Al-Karama, sebuah tapak peringatan untuk wira UAE yang terkorban, pada hari kedua lawatan khas tiga hari baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE). Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam pada petang semalam di tapak…

Pasukan kedua dihantar cari pendaki hilang di India

M Update, 14/06/2019 – Pasukan kedua pendaki dihantar hari ini untuk mencari lapan pendaki di mana tujuh daripadanya adalah rakyat asing yang dikhuatiri maut di pergunungan kedua tertinggi di negara itu. Kumpulan itu terdiri daripada sepuluh pendaki terlatih dari kumpulan separa tentera Polis Sempadan Indo Tibet (ITBP) dihantar dari daerah…

Remaja India maut gara-gara Tik Tok

M Update, 14/06/2019 – Seorang remaja India dilaporkan maut selepas ditembak saudaranya semasa mereka sedang beraksi dengan sepucuk senapang buatan sendiri untuk dirakamkan dalam aplikasi Tik Tok, kata polis hari ini. Polis berkata, semasa kejadian remaja berusia 17 tahun dan empat anggota keluarganya termasuk sepupunya berusia 11 tahun berada dalam…

Penyerang masjid Christchurch buat pengakuan hari ini.

WELLINGTON: Suspek penyerang dua masjid Christchurch, Brenton Tarrant membuat pengakuan tidak bersalah hari ini atas beberapa tuduhan membunuh dan aktiviti keganasan serta akan dibicarakan pada tahun depan berhubung insiden tembakan besar-besaran yang menggemparkan rakyat New Zealand. Dalam serangan 15 Mac lalu disiarkan secara langsung di Facebook, Tarrant, pengganas kulit putih…

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mesir

M Update, 14/6/2019 – Seorang pelajar dari Terengganu, Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri, 24, meninggal dunia di Hospital Safarat di Hayyu Sabi’e, Kaherah pada jam 2 petang semalam (8 malam waktu Malaysia). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata pelajar tahun tiga…