Input your search keywords and press Enter.

Dunia

21 maut, 30 cedera bas bertembung dengan trak

M Update, 30/05/2019 – Seramai 21 orang maut apabila sebuah trak dan bas membawa penumpang dari upacara keagamaan di gereja Katolik bertembung, sebelum terbakar di timur Mexico, semalam. Menurut sumber rasmi, nahas ngeri itu turut mencederakan 30 yang lain. Ketua perkhidmatan Perlindungan Awam negeri Velacruz, Guadalupe Osorno berkata, pakar forensik…

Hanya negara Palestin merdeka jamin kedamaian – Raja Jordan

M Update, 30/05/2019 – Raja Abdullah dari Jordan memaklumkan kepada penasihat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Jared Kushner bahawa perdamaian berkekalan di Asia Barat hanya boleh dicapai menerusi penubuhan negara Palestin di atas tanah yang dijajah Israel pada perang 1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Menurut pegawai Rumah Putih,…

Pilihan raya semula Israel ditetap 17 September

M Update, 30/05/2019 – Parlimen Israel mengadakan undian hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negara itu diadakan semula. Undian itu adalah salah satu usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana ingin terus mengekalkan kuasa, selepas gagal membentuk kerajaan. Keputusan undian, iaitu 74-45 yang diperoleh memihak kepada pembubaran Parlimen…

Kemarau di pantai timur Australia berterusan tiga bulan lagi

M Update, 30/05/2019 – Cuaca kering dan panas akan melanda pantai timur Australia sekurang-kurangnya tiga bulan lagi, kata biro cuaca negara itu hari ini dalam ramalan yang dilihat bakal mengancam pengeluaran hasil pertanian. Biro Meteorologi dalam ramalan cuaca berkata, hanya terdapat 30 peratus kemungkinan untuk pantai timur Australia menerima kedatangan hujan…

50 penunjuk perasaan cedera ditembak di Kashmir

M Update, 30/05/2019 – Sekurang-kurangnya 50 orang cedera susulan pertempuran di Kashmir, India apabila penunjuk perasaan dipercayai membantu pemberontak meloloskan diri dari kepungan pasukan kerajaan, hari ini. Polis berkata, ribuan penduduk kampung membanjiri jalan raya sejurus dua individu disyaki pemberontak berbalas tembakan dengan tentera dari sebuah rumah di kawasan Kulgam,…

Selesai konflik Di Meja Rundingan – PM

M Update, 30/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prasyarat utama ke arah menzahirkan Orde Baharu Dunia ialah memastikan semua konflik diselesaikan di meja rundingan. Perdana Menteri berkata, semua pihak juga perlu sedia melepaskan sesuatu dalam usaha mencapai persetujuan. Menyifatkannya sebagai cara masyarakat bertamadun, beliau berkata, langkah melancarkan peperangan dan…

Lelaki guna pistol disiplin anak ditahan

M Update, 30/05/2019 – Seorang lelaki Jepun ditahan kerana menggunakan pistol untuk mendisiplinkan tiga orang anaknya, kata polis hari ini dalam siri kes penderaan kanak-kanak terbaru yang menyebabkan penggubal undang-undang mahu mengharamkan hukuman dera di negara itu. Seorang pegawai polis berkata, lelaki berusia 45 tahun dari selatan bandar Kitakyushu memberitahu…

Lelaki bawa lembu dewasa naik kapcai

M Update, 30/05/2019 –  Seorang penunggang motosikal memberi senyuman ketika gambarnya dirakam ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa rendah atau kapcai sambil membawa seekor lembu dewasa di Pakistan baru-baru ini. Perbuatan luar biasa itu dirakam oleh seorang penumpang kereta semasa melalui jalan raya sama dipercayai di satu kawasan luar bandar dekat…