Input your search keywords and press Enter.

Dunia

PM Tiba Di Jepun, Lawatan Kerja Tiga Hari

M Update, 30/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Tokyo bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun. Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menaiki pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan. Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Menteri…

Amnesty dedah jenayah perang baru tentera Myanmar

M Update, 30/05/2019 – Tentera Myanmar bersalah melakukan ‘jenayah perang’ baru, pembunuhan tidak adil dan penyeksaan dalam memerangi pemberontak etnik Rakhine, kata Amnesty International, hari ini. Beribu-ribu tentera dan jentera perang sudah ditempatkan di seluruh Rakhine utara dalam beberapa bulan ini, terutama di kawasan pemberontak Tentera Arakan (AA) yang berjuang…

Polis Jepun serbu rumah suspek serangan

M Update, 29/05/2019 – Polis Jepun memeriksa kediaman milik lelaki yang menyerang orang ramai menggunakan pisau di Kawasaki, semalam, yang menyebabkan dua maut, termasuk seorang kanak-kanak. Bagaimanapun, suspek berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Ryuichi Iwasaki itu meninggal dunia selepas menikam dirinya sendiri, dan motif kejadian masih belum diketahui. Menurut…

Israel had kawasan penangkapan ikan nelayan Gaza

M Update, 29/05/2019 – Israel mengetatkan had ke atas nelayan Palestin di Semenanjung Gaza selepas banyak belon yang disertakan bom api diterbangkan dari situ memasuki wilayah Yahudi berkenaan. Zon itu membolehkan nelayan Gaza dikurangkan kepada maksimum 10 batu nautika daripada 15 batu nautika, kata unit Kementerian Pertahanan Israel, COGAT, yang…

Jalan utama di Jakarta dibuka semula

M Update, 29/05/2019 – Jalan raya utama di bandar raya ini kembali sibuk, sebaik sahaja ia dibuka semalam, selepas ditutup seminggu, susulan tunjuk perasaan oleh penyokong calon presiden, Prabowo Subianto, yang bertukar ganas pada 21 dan 22 Mei lalu. Rusuhan berlaku di luar pekarangan Agensi Pemantau Pilihan Raya (BAWASLU) di…

Huawei Kekal Di Tangga Kedua

M Update, 29/5/2019 – Syarikat telekomunikasi China, Huawei mengekalkan kedudukan selaku vendor telefon pintar kedua terbesar di dunia pada suku pertama, sebelum disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat (AS), demikian menurut firma penyelidikan dan penasihat Gartner. Gartner juga berkata, Huawei terus mengurangkan jurang dengan Samsung, tetapi memberi amaran bahawa pertumbuhan boleh dihadkan…

Mangsa ‘kesesakan’ Everest gesa Nepal perketat syarat mendaki

M Update, 29/05/2019 –  Seorang pendaki Everest yang terselamat dalam ‘kesesakan teruk’ di puncak tertinggi dunia itu, Ameesha Chauhan, kini dirawat di hospital berkata, pendaki tanpa kemahiran asas seharusnya dilarang mendaki bagi mengelak berulangnya musim kematian tinggi tahun ini. Sebelas orang maut dengan mangsa terbaharu rakyat Amerika Syarikat (AS) dalam…

Wanita dipenjara buka tudung dibebaskan lebih awal

M Update, 29/05/2019 – Seorang wanita yang dipenjara di Iran selama setahun kerana bertindak membuka tudung di khalayak ramai bagi membantah panduan berpakaian cara Islam yang dikeluarkan kerajaan, dibebaskan lebih awal hari ini, kata peguamnya. “Vida Movahedi dipanggil pihak berkuasa penjara Ahad lalu dan diberitahu bahawa hukumannya diringankan, menyebabkan dia…

Menteri, pegawai Indonesia jadi sasaran bunuh

M Update, 29/05/2019 – Empat pegawai atasan Indonesia, termasuk Menteri Keselamatan dan penasihat perisikan presiden, menjadi sasaran dalam komplot pembunuhan gagal dilaksanakan, kemungkinan ada kaitan dengan rusuhan di ibu kota ini, kata polis hari ini. Butiran rancangan itu didedahkan tidak sampai seminggu selepas lapan penunjuk perasaan maut dan ratusan lagi…