Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Pelajar Bakar Hutan Didenda RM125 juta

M Update, 18/04/2019 – Media Itali yang memetik pendakwa raya melaporkan, dua pelajar berusia 22 tahun itu menyangkal tuduhan berkenaan. Dua pelajar Itali diarah membayar denda sebanyak 27 juta euro (RM125.9 juta), selepas didapati bersalah menyebabkan kebakaran hutan. Mereka dikatakan menyalakan api untuk aktiviti barbeku bersama sekumpulan rakan di Tasik…

KPU Rancang Undian Semula Di Malaysia, Lanjutkan Pengundian Di Sydney

M Update, 17/04/2019 – Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia mengumumkan, ia akan menjadualkan pengundian semula di Kuala Lumpur dan melanjutkan pemilihan luar negara di Sydney, Australia. Penemuan kertas undi bertanda di Selangor, menjurus dakwaan penipuan undi dan sejumlah besar kehadiran pengundi luar negara di sebuah stesen pengundian di Sydney, Australia…

Jokowi Selesa Mendahului Dengan Lebih 55 Peratus Undi

M Update, 17/04/2019 – Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo mendahului dengan 13 peratus mata dalam pilihan raya untuk mengetuai negara ketiga terbesar demokrasi dunia, berdasarkan 51 peratus undian dikira, menurut kiraan awal tidak rasmi oleh peninjau, CSIS. Jokowi bertanding menentang pencabarnya, bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto selepas kempen enam bulan…

Colorado Ambil Langkah Berjaga-jaga Susulan Ancaman Wanita Bersenjata

M Update, 17/04/2019 –  Hampir dua dekad selepas tragedi pembunuhan di Sekolah Tinggi Columbine, kerajaan negeri Colorado kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima ancaman dari seorang wanita yang disifatkan polis sebagai bersenjata dan sangat berbahaya. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan polis tempatan mengesahkan identiti wanita terbabit sebagai Sol Pais, 18…

New Zealand Lucut Senjata Polis, Kurang Tahap Ancaman

M Update, 17/04/2019 – Polis New Zealand hari ini menamatkan rondaan rutin pegawai barisan hadapannya apabila tahap ancaman keganasan diturunkan sebulan selepas pembunuhan beramai-ramai di masjid Christchurch. Pengurangan tahap ancaman daripada tinggi ke sederhana bermaksud, pihak berkuasa menilai cubaan serangan, tingkah laku jenayah atau protes ganas kekal sebagai ‘munasabah’ berbanding…

Ahli politik Denmark biadab lempar al-Quran

M Update, 17/4/2019 – Keganasan tercetus di Denmark pada akhir minggu lalu selepas ahli politik berhaluan kanan melemparkan al-Quran. Susulan kejadian itu, polis telah memberkas 23 individu selepas pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. Ahli politik, Rasmus Paludan yang mahu Islam dilarang di Denmark bertindak biadab…

300 Ditahan Sertai Protes Perubahan Iklim Di London

M Update, 17/04/2019 –  Hampir 300 orang ditahan kerana menyertai protes perubahan iklim di sini hingga menyebabkan sebahagian besar daripada ibu kota British itu sesak teruk. Penunjuk perasaan mula menghalang jambatan dan persimpangan jalan utama sejak Isnin sebagai sebahagian daripada kempen mendesak kerajaan mengambil langkah segera menangani masalah perubahan iklim…