Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

LTTE : Mahkamah Tinggi Putuskan Permohonan Jaminan 2 ADUN, 10 Lelaki

M Update, 1/11/2019 – Sama ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 10 lelaki yang berdepan pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya, ianya akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang membenarkan permohonan 12 lelaki itu untuk merujuk isu perlembagaan…

Basikal Lajak : Salur Maklumat Melalui Video, Gambar

M Update, 1/11/2019 – Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan basikal lajak supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KPJKK) Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, saksi boleh mengambil video atau gambar dan menyalurkan maklumat itu kepada polis untuk tindakan lanjut.…

Dua Wanita Dihukum Mati Kerana Dadah

M Update, 31/10/2019 – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua wanita atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan morfin seberat 294.9 gram, tiga tahun lalu. Hakim, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh Zawani Zulkifli, 33, dan…

LTTE: ADUN Gadek Dan Tiga Lelaki Didakwa Lagi

M Update, 31/10/2019 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek G. Saminathan dan tiga lelaki hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen berhubung kumpulan pengganas LTTE. Saminathan, 34, pemandu teksi V. Balamurugan, 37, penghantar surat S. Teeran, 38, dan peniaga besi buruk A. Kalaimughilan, 28, masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi…

Danial Danish Sudah Ditemui

M Update, 30/10/2019 – Mayat Muhammad Danial Danish Mohd Jasmin, 14, yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Nerus semalam ditemui, 11.02 pagi, hari ini. Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Setiu ditemui terapung di permukaan air kira-kira 50 meter dari tempat kejadian oleh anggota…

Lapan Lelaki Termasuk Dua ADUN Didakwa Berkaitan Pengganas LTTE

M Update, 29/10/2019 – Lapan lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE. Pendakwaan mengemukakan dua pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan LTTE mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat…

Motif Serangan Pos Kawalan Padang Besar Disiasat

M Update, 29,10,2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti suspek terbabit kes serangan mercun roket di kawasan pos kawalan sempadan Padang Besar 19, dekat Perlis. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata ketika ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan suspek berasal dari Thailand atau terbabit…