Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Muktamadkan Pemilihan Vaksin COVID-19 Awal 2021 – MOSTI

M Update, 29/9/2020 – Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, data daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka dianalisis hujung tahun ini. MOSTI juga sedang berbincang dengan Kementerian…

Jerantut: Masjid, Surau, Taska, Tadika Ditutup 14 Hari

M Update, 29/09/2020 – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut menutup Masjid Tengku Ahmad dan Surau Al-Muflihin, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 dekat sini susulan pengesanan kes positif COVID-19 di daerah itu.  Penutupan selama 14 hari itu turut membabitkan semua tadika dan taska di PAKR Peringkat 3…

Al-Sultan Abdullah Masih Jalani Rawatan Susulan Di IJN

M Update, 29/09/2020 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lepas, kini masih menerima rawatan susulan di pusat rawatan itu. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, rawatan keracunan…

Tindakan Tegas Terhadap Salah Guna Program Subsidi Upah – KSM

M Update, 25/9/2020 – Kerajaan akan menyenarai hitam termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang menyalahgunakan dana menerusi Program Subsidi Upah yang diperkenalkan, pada 1 April lalu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata walaupun sebahagian besar syarikat sudah menyerahkannya kepada pekerja yang memerlukan, namun ada juga yang dipercayai…

PRN Sabah: Esok Sabah Cuti Umum

M Update, 25/9/2020 – Kerajaan negeri menetapkan esok sebagai Hari Kelepasan Am khas, di Sabah bagi memudahkan rakyatnya keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam kenyataannya hari ini, berkata pengisytiharan cuti umum ini dibuat mengikut Seksyen 9, Ordinan Hari Kelepasan Sabah…

Pengundi Diminta Keluar Mengundi Esok Tanpa Sebarang Keraguan – Polis Sabah

M Update, 25/9/2020 – Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berjalan lancar esok tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan tegas akan diambil  terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu. “Esok kita juga akan lakukan beberapa sekatan jalan raya…

Anggota ATM Bertugas Di Sabah Diarah Patuhi SOP Ketat

M Update, 25/9/2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengarahkan anggotanya yang bertugas mengawal sempadan negara di Sabah agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata Markas Formasi yang bertugas di Sabah telah diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan setiap…

SPA Guna Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 Mulai 28 September

M Update, 25/9/2020 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) mulai 28 Sept ini. SPA dalam kenyataannya hari ini berkata pemohon sedia ada yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh di bawah SPA8i, tidak perlu…

Peraturan Baharu Untuk Pelawat Dari Sabah, Labuan Ke Sarawak Mulai Hari Ini

M Update, 25/9/2020 – Semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri tersebut menggunakan aplikasi telefon pintar “EnterSarawak” dan melampirkan keputusan saringan “Reverse Transcript – Polymerase Chain Reaction” (RT-PCR) sebelum tarikh perjalanan, berkuat kuasa hari ini.  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam berkata…

KPT Tidak Tangguh Daftar Masuk Pelajar Universiti, Kolej

M Update, 25/9/2020 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercadang menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar ke universiti atau kolej di seluruh negara, yang dijadualkan bulan hadapan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua universiti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi proses kemasukan itu. “Saya…