Input your search keywords and press Enter.

Lapor Polis Jika Ada Maklumat Kemasukan Pendatang Tanpa Izin

M Update, 21/9/2020 – Polis meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kemasukan pendatang tanpa izin atau sebarang bentuk ancaman anasir luar terhadap Sabah melalui daerah ini, agar segera melaporkannya kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata gesaan itu sebagai langkah kebersamaan komuniti dalam menangani jenayah…

Waris Pesara Kerajaan Meninggal Selepas 15 Oktober 2010 Layak Terima RM3,000

M Update, 18/9/2020 – Waris pesara kerajaan yang meninggal dunia pada atau selepas 15 Oktober 2010 berhak menerima bantuan pengurusan jenazah berjumlah RM3,000. Menurut kenyataan pada portal Jabatan Perkhidmatan Awam, ia mencakupi golongan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja…

Belum Ada Keperluan Laksana SJR Dalam Bandar Alor Setar

M Update, 18/9/2020 – Polis melihat tiada keperluan buat masa ini untuk mengadakan  sekatan jalan raya (SJR) di bandar raya Alor Setar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di daerah Kota Setar. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Nor Azman Mohd Noor yang dihubungi Bernama berkata polis sentiasa mengadakan…

Warga Bangladesh Mengaku Salah Beri Suapan RM50

M Update, 18/9/2020 – Gara-gara memberi suapan RM50 kepada seorang anggota polis, seorang buruh warganegara Bangladesh dipenjara tiga bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Tertuduh, Ariful, 41, yang juga seorang pekerja ladang sawit mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru. Mengikut…

JPV: Jangan Makan Daging Dijangkiti Hawar Berdarah

M Update, 18/9/2020 – Penternak dilarang daripada menyembelih, makan dan menjual ternakan yang dijangkiti penyakit Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, biarpun penyakit HS itu tidak menjangkiti manusia, namun daging haiwan yang dijangkiti penyakit itu tidak dibenarkan dijual dan…

Lebih 600 Petugas Kesihatan Dijangkiti COVID-19 – Dr Adham

M Update, 18/9/2020 – Lebih 600 petugas kesihatan di Malaysia telah dijangkiti COVID-19 sejak Februari sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu, 406 adalah petugas di hospital kerajaan manakala selebihnya petugas dari hospital swasta dan hospital universiti, katanya. Menurut Dr Adham, antara langkah diambil…

Maritim Malaysia Terima Tujuh Bot Pemintas Baharu

M Update, 17/09/2020 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima aset baharu hari ini iaitu tujuh bot pemintas bernilai RM6.3 juta bagi mengukuhkan operasi Op Benteng yang sedang dijalankan pasukan itu di sepanjang Selat Melaka. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata tujuh bot pemintas…

Elaun Sara Hidup Nelayan Dinaikkan Kepada RM300 Sebulan

M Update, 17/9/2020 – Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup Nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, WARISAN adalah sebahagian daripada PH. Di waktu itu, elaun sara hidup nelayan dipotong dari RM300 kepada RM250. “Hari…

Setiap Pejuang Pertaruh Nyawa Pertahan Kedaulatan Negara – Affendi

M Update, 17/9/2020 – Keamanan dan kesejahteraan dikecapi ketika ini tidak diperoleh dengan mudah, sebaliknya melalui pengorbanan pejuang yang mempertaruhkan nyawa dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang. Beliau berkata sesungguhnya darah dan keringat perjuangan mereka yang terdahulu, telah menghasilkan keharmonian dan keamanan kepada negara…

Tiada Perbincangan Wajib Basikal Didaftar, Dilesen, Guna Nombor Plat – MOT

M Update, 17/9/2020 – Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah membincangkan cadangan untuk mendaftarkan, melesenkan atau mewajibkan basikal di negara ini menggunakan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor. Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata cadangan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu tidak pernah dibangkitkan kepadanya.…