Input your search keywords and press Enter.

PM Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

M Update, 24/06/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater ‘Haji Murat’ yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini. Beliau berkata teater berdasarkan novella penting dan karya terakhir sasterawan ulung Rusia Leo…

Perkhidmatan Van Perantara Percuma Ke Parlimen Mulai Hari Ini

M Update, 24/06/2024 – Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara (T851) percuma antara KL Sentral dan Parlimen bermula 24 Jun hingga 18 Julai. Dalam kenyataan Rapid Bus memaklumkan perkhidmatan T851 itu adalah alternatif demi kemudahan…

Tuntutan Sulu, Isu ‘Dark Side’ Dan Projek LCS Tumpuan Hari Pertama Sidang Dewan Rakyat

M Update, 24/06/2024 – Perkembangan kes tuntutan kumpulan Sulu, budaya dark side atau pelacuran dalam talian dan status terkini pembinaan kapal tempur Littoral Combatant Ship (LCS) kedua adalah antara tumpuan hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada…

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Berusia 5 Tahun

M update, 21/06/2024 – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun, dua minggu lepas. Tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan…

Caj RM3 Menginap Di Perak Mulai Tahun Depan

M Update, 21/03/2024 – Kerajaan Perak akan mengenakan bayaran tambahan berjumlah RM3 sebagai Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) bagi pengunjung yang menginap di negeri ini bermula 1 Januari 2025. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, caj baharu tersebut dikenakan bagi setiap bilik penginapan berbayar untuk setiap…

Malaysia, China Lanjut Pengecualian Visa Perkukuh Hubungan Dua Hala

M Update, 21/06/2024 – Malaysia dan China menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk hubungan persahabatan, menurut satu Kenyataan Bersama antara dua negara berkenaan semalam. Kenyataan itu berkata China bersetuju untuk melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 dan sebagai balasan, Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga akhir 2026. “Kedua-dua pemimpin…

Kerajaan Pastikan Harga Rumah Mampu Milik Kekal

M Update, 20/06/2024 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan harga rumah mampu milik tidak dinaikkan susulan penyasaran subsidi diesel yang berkuat kuasa 10 Jun lalu. Timbalan Menteri, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata kediaman yang tertakluk di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) dan dikawal KPKT, dijual pada…

Agamawan Dinasihat Hati-Hati Beri Pandangan – Menteri Agama

M Update, 20/06/2024 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengulangi nasihat kepada agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan pandangan dan perlu menyemak rujukan yang sahih. Agamawan perlu berlapang dada untuk mengatakan tidak tahu jika kurang arif dalam menjawab soalan yang bukan bidang mereka.…

Program DLP: Tiada Sekolah Terkecuali

M update, 20/06/2024 – Tiada sekolah yang terkecuali dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan berhubung pelaksanaan program berkenaan. Pelaksanaan DLP mesti mematuhi dasar ‘Memartabatkan Bahasa…

Agong Salur Nilai Bidaan Plat FFF 1 Kepada Kerajaan Persekutuan

M Update, 20/06/2024 – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada Kerajaan Persekutuan. Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat. “Nombor…