M Update, 29/12/2020 – Kawalan penjualan peluru senjata api di premis berlesen khususnya di Sabah dan Sarawak akan diperketatkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata tindakan itu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjual peluru kepada pemilik senjata api…