Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kewangan Malaysia

Daftar Sekarang! Program PenjanaKerjaya Bermula Hari Ini

M Update, 15/6/2020 – Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan bermula hari ini. Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata majikan yang mempunyai kekosongan jawatan dan sedang mencari pekerja boleh  mendaftarkan profil di penjanakerjaya.perkeso.gov.my. Beliau berkata majikan yang telah mengambil pekerja…

Pakej Tambang My30 Bermula Isnin Ini – PRASARANA

M Update, 12/6/2020 – Pengguna pengangkutan awam MRT, LRT, monorel, BRT dan bas henti-henti Rapid KL akan menikmati kemudahan tambang tanpa had perjalanan, RM30 untuk tempoh 30 hari, bermula Isnin ini. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Muhammad Nizam Alias, berkata pakej eksklusif, My30, untuk rakyat Malaysia itu,…

Rayuan Permohonan BPN Diumum Pertengahan Jun

M Update, 2/6/2020 – Keputusan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kumpulan ketiga akan diumumkan pertengahan bulan ini dengan bayaran sekaligus dibuat bermula akhir bulan. Tempoh permohonan antara 11 dan 31 Mei lalu mencatatkan 170,000 rayuan dan akan disemak secara manual. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,…

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Bermula Semalam

M Update, 5/5/2020 – Pembayaran fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada kumpulan B40 dan M40 bermula semalam, berjumlah RM3.68 bilion kepada 8.3 juta penerima. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan sudah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.5…

‘Sumber Kewangan Negara Mencukupi’ – Tengku Zafrul

M Update, 10/4/2020 – Kerajaan memiliki sumber kewangan mencukupi untuk membendung penularan COVID-19 dan mengurangkan kesan ekonomi jika pandemik berlarutan, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, sistem kewangan negara mempunyai lebihan penampan modal atau ‘excess capital buffer’ berjumlah RM121 bilion, berbanding hanya RM39 bilion…

Daftar Tabung Bantuan Dengan MOF

M Update, 8/4/2020 – Kerajaan mencadangkan setiap tabung yang diwujudkan untuk membantu meringankan beban serta mengekang penularan coronavirus (COVID-19) perlu didaftarkan dengan Kementerian Kewangan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengemukakan pendirian itu berkata, ia bagi memastikan setiap sumbangan mendapat manfaat pengecualian cukai seperti dijanjikan kerajaan. Katanya,…

Keperluan Pengubahsuaian Belanjawan Diputuskan Kemudian: Tengku Zafrul

M Update, 11/3/2020 – Menteri Kewangan yang baru dilantik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusan mengenai sama ada akan terdapat pengubahsuaian belanjawan pada tahun ini akan diputuskan kemudian. Bercakap kepada pemberita semasa merakam waktu masuk untuk kali pertama sebagai menteri di Kompleks Perbendaharaan pada jam 6.07 petang semalam,…