Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Pendidikan Malaysia

COVID-19 : Pelajar Dengan Suhu Lebih 37.5 Darjah Dilarang Masuk Kelas

M Update, 22/01/2021 – Pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang hadir untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah masing-masing, tidak dibenarkan masuk ke kelas, jika suhu badan dikesan melebihi 37.5 darjah celsius. Sebaliknya, mereka akan ditempatkan dalam bilik isolasi sehinggalah berlakunya penurunan suhu badan. Pengarah Pendidikan negeri,…

PKP 2. 0 : TABIKA Perpaduan Diarah Tutup Sepanjang PKP

M Update, 19/01/2021 – Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan semua TABIKA Perpaduan di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0). Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan trend harian kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Katanya, penutupan itu juga mengambil kira pengumuman…

Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Bayar Baki Tunggakan PTPTN

M Update, 18/01/2021 – Kerajaan Sarawak akan membantu anak negeri membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak sebagai mengotakan janji pemberian insentif sebelum ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan…

SPM : Tidak Boleh Ditangguhkan Lagi – NUTP

M Update, 11/01/2021 – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini. Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan…

Semua Guru Pulang Ke Sarawak, Wajib Jalani Kuarantin

M Update, 08/01/2021 – Semua guru yang kembali ke Sarawak daripada Semenanjung, Sabah dan Labuan, wajib menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan di negeri ini selama 10 hari berkuat kuasa semalam. Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dua ujian saringan akan dijalankan iaitu di awal ketibaan…

Lebih 1,000 Graduan Muda Bakal Terima Manfaat Skim MyJob@WilayahPrihatin

M Update, 29/12/2020 – Lebih 1,000 graduan muda bakal mendapat pendedahan kepada industri binaan menerusi Skim MyJob@WilayahPrihatin. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu juga bakal membabitkan kerjasama lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. “Insya-Allah kira kira 1,000 atau lebih graduan muda dijangka dapat pendedahan kepada industri binaan…

Wang Saku Pelajar Orang Asli Dinaikkan Kepada RM5 -JAKOA

M Update, 23/12/2020 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang memperincikan cadangan untuk menaikkan wang saku pelajar Orang Asli daripada RM2 ketika ini kepada RM5, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Beliau berkata bagi tujuan itu, Jakoa telah mengadakan bengkel garis panduan atau prosedur operasi standard dari 4 hingga 6 Dis lepas.  “Selanjutnya Jakoa dalam proses mengangkat Nota Jemaah Menteri (NJM)…