M Update, 24/7/2020 – Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum membuat keputusan mengenai cadangan pemberian cuti khas sempena Aidiladha yang jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020. Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata KPM akan mengumumkan perkara itu kepada semua pihak jika terdapat sebarang keputusan…
M Update, 17/7/2020 – Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) di Dewan Rakyat yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan alasan untuk memperkenalkan…
M Update, 16/7/2020 – Wabak COVID-19 harus dicegah daripada menular di sekolah kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan lebih meluas dalam komuniti. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika COVID-19 menular di dalam kawasan sekolah, ia akan menjangkiti rakan sebaya, guru dan seterusnya keluarga serta komuniti. Justeru, beliau…
M Update, 15/7/2020 – Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama, perkhidmatan dan aktiviti mahasiswa universiti awam (UA) sehingga 15 peratus. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata keputusan itu diputuskan selepas mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dan UA. “Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dengan maklum balas pelajar, ibu…
M Update, 2/7/2020 – Semua sekolah agama dan madrasah tahfiz berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta kerajaan negeri, dibenarkan beroperasi semula mulai 15 Julai ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata sekolah agama dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar bagaimanapun perlu…
M Update,2/7/2020 – Pengusaha taman didikan kanak-kanak (tadika) perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu, sekiranya mahu menaikkan kadar yuran pasca-Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pengerusi Persatuan Tadika Malaysia (PTM) Eveleen Khoo berkata, tindakan itu perlu bagi mendapatkan persetujuan ibu bapa supaya tidak wujud ketidakpuasan hati dan mereka bersedia sewajarnya, jika pihak tadika ingin menaikkan kadar…
M Update, 24/6/2020 – Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pindaan membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari. Ia membabitkan sekolah kumpulan A iaitu Johor,…
M Update, 24/6/2020 – Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik COVID-19, sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam dimulakan semula hari ini. Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai golongan pelajar, guru dan ibu…
M Update, 15/6/2020 – Kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan…
M Update, 4/6/2020 – Taska, tadika atau pengasuh yang beroperasi tanpa kebenaran agensi kerajaan hendaklah berdaftar segera bagi memastikan usaha agensi kerajaan memerangi wabak COVID-19 berjalan dengan baik. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pusat jagaan kanak-kanak berdaftar sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk…