M Update, 26/11/2019 – Penanaman ketum dibenarkan ditanam bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan perubatan, namun tertakluk kepada terma dan syarat serta surat kebenaran daripada Menteri Kesihatan. Perkara itu terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2019, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad…