M Update, 05/02/2021 – Acara kemuncak lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia hari ini adalah mesyuarat empat mata antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia Joko Widodo. Mesyuarat secara bersemuka itu akan berlangsung di Istana Merdeka, di sini. Muhyiddin dijadualkan tiba di istana berkenaan pada pukul 10.30 pagi…
M Update, 04/02/2021 – Kalangan penerima Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0) bersyukur dengan bantuan disalurkan kerajaan, terutama ketika dalam tempoh sukar sekarang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan punca pendapatan mereka. Sejak 21 Januari lalu bayaran dana berjumlah RM2.38 bilion sudah dikreditkan ke akaun 10.2 juta…
M Update, 03/02/2021 – Cadangan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) mampu mewujudkan rasa tanggungjawab kepada rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sedang…
M Update, 29/01/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mencari strategi bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata, antara langkah yang telah diambil ialah menambah kapasiti katil termasuk menukarkan beberapa hospital KKM kepada hospital COVID-19 atau hibrid COVID-19 sepenuhnya dan menambah Pusat…
M Update, 27/01/2021 – Kerajaan menyasarkan seramai 75,000 orang akan menerima suntikan vaksin dalam tempoh sehari program vaksinasi COVID-19 kebangsaan bermula, di 600 pusat vaksinasi seluruh negara mulai Mac. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata 75,000 suntikan sehari adalah sasaran awal kerajaan. Sasaran seterusnya, beliau berkata ia bergantung…
M Update, 27/01/2021 – Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) Fasa Kedua yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa menjelaskan perkara itu berkata, terdapat pihak keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula…
M Update, 26/01/2021 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited dalam memastikan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada. Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata adalah penting bagi kementerian itu menjayakan aspek ekuiti apabila semua pelajar mendapat hak pendidikan yang setara…
M Update, 26/01/2021 – Penggunaan katil oleh pesakit COVID-19 di Hospital Lahad Datu, di sini, kini mencapai tahap 91.4 peratus membabitkan seramai 128 pesakit. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ia diikuti Hospital Queen Elizabeth (HQE) dengan kadar penggunaan katil oleh pesakit COVID-19 sebanyak 80.2…
M Update, 21/01/21 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan ASEAN mempertimbang aspek perundangan mengenai privasi data dan hak pengguna yang boleh digunakan ke atas mana-mana entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri berkata, ASEAN juga perlu memberi perhatian terhadap aspek perundangan lebih ketat berhubung tindakan memberikan ucapan berunsur kebencian dan…
M Update, 21/01/21 – Kerajaan negeri akan memastikan Sabah mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi. Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata PERMAI dilihat bakal membantu mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam keadaan sukar ini. “Sabah adalah antara…