M Update, 31/1/2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjamin bekalan bahan mentah sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019 mencukupi. Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata para peniaga juga sudah diingatkan untuk memastikan bekalan tersebut tidak terputus. SKHMP sempena Tahun Baharu Cina itu menyenaraikan 13 jenis barangan bermula pada 30 Jan hingga 8 Feb iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis…