Input your search keywords and press Enter.

Guru Dikhuatiri Hilang

M Update, 17/1/2019 – Seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Genting, di Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah berkenaan sejak 2 hari lepas.

Menurut guru besar sekolah berkenaan ustazah tersebut hadir ke sekolah mengajar seperti biasa pada hari Isnin, namun tidak datang ke sekolah kelmarin.

Menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Jarak sehala kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.

Setakat ini, polis telah menggunakan perkhidmatan unit pengesan anjing K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan ustazah berkenaan namun masih belum menemui sebarang petunjuk.

Mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ustazah ini segera tampil untuk memberi maklumata atau terus hubungi
0111 0649948/019 4589948 (abang- shauki) 01110769948 ( kakak-madihah)

Sumber : M Star

Leave a Reply