Input your search keywords and press Enter.

Bila Sampai Ajal

M Update, 18/1/2019 – Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Kilometer 2, Jalan Chemumar, Simpang Ampat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang khamis, mangsa, Mohd. Shahrizal Wahid, 36, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Sementara anaknya, Nur Khazreena Syamimi, 3, mengalami luka pada bahagian muka, tangan dan kaki.

Hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan motosikal yang datang dari arah Jalan Tengku Budriah menghala Kampung Chemumar itu disyaki berpunca daripada pokok tumbang.

“Motosikal tersebut terbabas dan jatuh di tengah jalan sebelum terseret ke hadapan dengan kesan calar di atas tar,” – Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply