Input your search keywords and press Enter.

Piala Sumbangsih 2019 Milik JDT

M Update, 2/2/2019 -Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hari ini.

Jaringan tunggal Gonzalo Cabrera pada minit ke-40 memastikan Harimau Selatan meraih gelaran itu untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun.

Kejayaan menyusul selepas kelab itu menjulang gelaran pembuka tirai Liga Malaysia itu pada 2015, 2016 dan 2018.

JDT tampak lebih menguasai permainan beraksi di laman sendiri berbanding skuad juara Piala Malaysia dikendali oleh Mehmet Durakovic itu.

JDT akan berdepan Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super Jumaat ini manakala Perak menanti kunjungan Lang Merah di Stadium Perak, Ipoh.

Sumber:Harian Metro

Leave a Reply