Input your search keywords and press Enter.

Kota Belud Kemarau Teruk

M Update, 5/3/2019 – Akibat cuaca yang panas melampau sejak akhir-akhir ini, lapan kampung di Kota Belud terjejas berikutan kemarau sejak hampir sebulan lalu menyebabkan bantuan air bersih terpaksa disalurkan ke kawasan berkenaan.

Kampung terbabit ialah Kampung Puhus, Tobur Kelawat, Piasau, Gaur, Ambong, Dallas, Timbang Manggaris dan Pekan Nabalu.

Setakat ini, bantuan bekalan air bersih disalurkan kepada empat kampung iaitu Puhus, Tobur Kelawat, Piasau dan Gaur membabitkan 823 rumah.

Bantuan kepada empat kawasan lagi iaitu Kampung Ambong, Timbang Manggaris, Pekan Nabalu dan Dallas sudah dilaksanakan mulai semalam.

Bagi Kampung Ambong dan Timbang Manggaris belum ada penghantaran bekalan air memandangkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Kota Belud baru menerima maklumat daripada penduduk, namun bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat.

Setakat ini, empat lori swasta dengan muatan tiga tan air dari Loji Air Bayayat, Loji Pekan Kota Belud dan Loji Pandasan digunakan untuk penghantaran bekalan air kepada empat kampung terdahulu.

Selain menghantar bekalan air ke kawasan kampung, kita menerima permintaan daripada sebuah sekolah menengah untuk menghantar bekalan bagi keperluan penghuni asrama.

Pada 28 Februari lalu, Pejabat Daerah Kota Belud mengisytiharkan bencana alam kemarau di daerah ini selepas cuaca panas berpanjangan tanpa hujan sejak tiga minggu lalu.

Jika kemarau berterusan dan tiada hujan dalam beberapa hari lagi, dijangka lebih banyak kampung akan menghadapi masalah air.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply