Input your search keywords and press Enter.

Bomba Buat Pemantauan Di Sungai Kim Kim

M Update, 15/3/2019 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi fokus pemantauan di kawasan sekitar 1.5 kilometer dari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, bacaan paras pencemaran pelepasan gas (PPM) di beberapa kawasan sekitar 1.5 kilometer radius mencatatkan bacaan 3.5 ppm.

Bagaimanapun, bacaan itu berubah-ubah mengikut peredaran udara dan angin namun kita juga mengesan sianida di kawasan berhampiran jambatan Sungai Kim Kim.

Keadaan ini masih stabil dan terkawal, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan oleh kontraktor dengan pemantauan pihak bomba.

Seramai 93 pakar dari Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan 157 anggota sentiasa bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan.

Fokus utama adalah memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk sentiasa terjamin. Penduduk di kawasan sekitar sungai berkenaan juga dinasihatkan untuk sentiasa mengambil pencegahan termasuk memakai topeng penutup muka.

Pihak bomba juga akan membuat pemantauan di kawasan masjid pada hari ini berikutan penduduk akan solat Jumaat di masjid kawasan sekitar.

Setakat ini kawasan masjid mungkin dipenuhi penduduk untuk menunaikan solat Jumaat dan kawasan berkenaan dipantau pasukan bomba.

Dijangka dalam masa tujuh hari sungai berkenaan dapat dibersihkan sepenuhnya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply