Input your search keywords and press Enter.

Jumlah Kematian Banjir Lumpur Meningkat 20

M Update, 23/04/2019 – Menurut kenyataan agensi bencana alam dan risiko Columbia (UNGRD) di Twitter, pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat mangsa dewasa dan kanak-kanak semalam di Rosas.

Jumlah kematian akibat banjir lumpur di barat daya Columbia meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang.

Sumber UNGRD memberitahu, 10 lagi mangsa masih belum ditemui dan harapan untuk menemui mereka dalam keadaan hidup semakin tipis.

Ketua jabatan bomba tempatan, Juan Carlos Ganan berkata, impak kuat dari banjir lumpur itu menyebabkan harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup agak mustahil.

Katanya, hujan lebat sejak beberapa minggu lalu menyebabkan risiko untuk banjir lumpur berlaku lagi agak tinggi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *